Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22

9 MAC 2019 | SABTU

JERANTUT: Mesyuarat Agung PIBG SMA Pulau Tawar kali ke-22 telah berjaya dilaksanakan pada pagi Sabtu. Ramai ibu bapa yang telah hadir . Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan Quran oleh murid sekolah SMAPT. diikuti selepas itu persembahan nasyid sekolah. Pengetua SMA Pulau Tawar mengucapkan terima kasih di atas sambutan ibu bapa yang telah hadir ke mesyuarat tersebut. Beliau juga meminta agar PIBG dapat berfungsi sebagai badan yang membantu pihak sekolah dari segi mengumpul dana untuk semua projek pendidikan sekolah yang akan dilaksanakan pada setiap tahun. Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar tidak mudah menerima dan melayan aduan anak-anak yang menghadapi masalah disiplin sekolah. Berilah kepercayaan kepada phak sekolah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan barisan AJK PIBG yang baru telah berjaya dipilih .Mesyuarat diakhiri dengan cabutan nombor bertuah. Ramai ibu bapa kelihatan gembira menerima hadiah cabutan bertuah.

Tag: #mesyuarat agung pibg ke22 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini