Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PENGAWAS MESTI MENJADI CONTOH YANG TERBAIK

26 April 2021 | ISNIN

JERANTUT : Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SMA Pulau Tawar telah berjaya  diadakan di Musolla SMA Pulau Tawar. Program telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Pn. Noriah binti Othman, selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Beliau telah memberi nasihat kepada semua pengawas agar menjadi orang yang bertanggungjawab dan dapat membantu guru serta memajukan sekolah. Pengawas perlu menjadi contoh kepada murid-murid lain dari segi sikap mematuhi semua peraturan sekolah dan khasnya mematuhi SOP Covid-19 di sekolah. Sebelum itu, Pengetua sekolah juga telah menasihatkan semua pengawas agar menjadi insan yang cemerlang dan dapat membimbing murid-murid lain ke arah kecemerlangan sahsiah dan akdemik. Pada akhir program, semua pengawas telah menerima watikah perlantikan pengawas yang telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Noriah binti Othman.

Tag: #WATIKAHPENGAWAS

1 komen

bashaizz

2021-06-18 07:53:56 UTC

terbaik..sma pulau tawar hebat

Sila berikan komen anda di sini