Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PELANCARAN IHYA RAMADAN PERINGKAT SMAN PAHANG

9 April 2021 | JUMAAT

JERANTUT : Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) , telah berjaya dilaksanakan secara "Live" di seluruh SMAN Pahang. Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan secara langsung dan serentak di kesemua 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Program telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah JAIP, Tuan Haji Zakaria bin Haji Mohamed. Pelancaran telah dilaksanakan di SMA Pelangai, Bentong. 

Pelancaran perasmian program telah disaksikan oleh seluruh warga SMA Pulau Tawar melalui FB Guru SMAPT. Semua murid menyaksikan pelancaran program di kelas masing-masing yang telah disediakan satu set komputer internet . Ini adalah kerana bagi mematuhi SOP Covid-19 di sekolah. 

Tag: #ihyaramadansmanphg

0 komen

Sila berikan komen anda di sini