Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

KESIHATAN GIGI SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN PELAJAR SEKOLAH

14 SYAABAN 1440H |19 APRIL 2019 | JUMAAT

JERANTUT: “ Kesihatan gigi sangat penting dalam kehidupan kita “, nasihat Dr Mohd Fariss Mohd Ghazali (Klinik Gigi Sg. Tekam Utara ) kepada murid-murid SM Agama Pulau Tawar. Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan kesihatan gigi di SMA Pulau Tawar pada pagi ini. Program telah dihadiri oleh murid-murid Tingkatan 1, 2 dan 3 dan guru-guru. Dr Fariss menasihatkan kepada murid-murid agar selalu menjaga kesihatan gigi, dan berjumpa dengan pegawai kesihatan gigi yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan gigi. Ceramah diadakan sempena lawatan kakitangan Klinik Gigi Jerantut di sekolah ini. Pemeriksaan dan rawatan gigi kepada semua murid telah dilaksanakan sepanjang minggu ini. Di akhir program , GPK Hem, Us. Ibrahim telah sudi menyampaikan cenderahati daripada pihak sekolah kepada Dr Mohd Fariss b Mohd Ghazali.

Tag: #KESIHATAN GIGI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini