Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengawas

22 Jan. SMA Pulau Tawar mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pengawas untuk pengawas-pengawas sekolah, pusat sumber sekolah dan pembimbing rakan sebaya yang baru dilantik bagi sesi 2018. (Gambar program)

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyayian lagu sekolah menengah agama diikuti oleh ucapan Pengetua, En. Mazril Yahya. Penyampaian Watikah lantikan Pengawas disempurnakan oleh Inspektor Nor Fazwani binti Che Hasan daripada IPD Jerantut yang merupakan pegawai perhubungan sekolah bagi SMA Pulau Tawar.

Majlis diikuti dengan sesi fotografi setiap badan pengawas bersama Inspektor Nor Fazwani binti Che Hasan, Guru-Guru Penolong Kanan  dan guru-guru penasihat pengawas.

Tag: watikah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini