Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

HARI TAUTAN KASIH DAN PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

21 Julai 2017. SMA Pulau Tawar mengadakan Hari Tautan Kasih untuk ibu bapa dan penjaga pelajar yang akan menduduki peperiksaan-periksaan utama tidak lama lagi. Ibu bapa bersama anak masing-masing mendengar ceramah motivasi dan keibubapaan yang disampaikan oleh En. Abd Basib bin Jabal, Ketua Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan, Zon Timur (Temerloh) yang juga merupakan bekas pelajar SMA Pulau Tawar pada akhir tahun 70-an. (Gambar-gambar program)

Pelaporan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun semua tingkatan bermula pada 10.45 pagi. Ibu bapa dan penjaga menerima keputusan peperiksaan anak masing-masing daripada guru kelas. Guru kelas akan memberi beberapa ulasan dan nasihat berdasarkan pencapaian pelajar.

Tag: Pelaporan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini