Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

majlis muafakat

19 Jan. SMA Pulau Tawar dengan kerjasama PIBG sekolah mengadakan Majlis Muafakat 2018. Program ini menemukan pentadbiran sekolah, PIBG dan ibu bapa dengan tujuan perbincangan bersama tentang strategi peningkatan akademik pelajar dan sumbangan ibu bapa dalam membantu menjayakan program-program yang dirancang pihak sekolah. Ibu bapa juga dapat memberi pandangan dan cadangan masing-masing selepas mendengar pembentangan program-program yang akan dilaksanakan di sekolah.  (Gambar program)

Majlis Muafakat diadakan setiap tahun supaya ibu bapa mengetahui dengan jelas perancangan sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pentadbiran sekolah juga dapat menjawab secara terus isu-isu yang ditimbulkan oleh ibu bapa.

Tag: majlis muafakat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini