Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

TAHNIAH SMA PULAU TAWAR

17 Julai 2022 | Ahad

Keputusan Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Zon 2.
Bagi acara sukan, SMAPT telah berjaya merangkul 1 emas , 3 perak dan 4 gangsa. Pingat emas telah dimenangi oleh pasukan futsal menengah rendah. Pingat perak telah dimenangi dalam acara bola sepak lelaki menengah rendah, bola tampar perempuan menengah atas dan catur perempuan menengah atas. Sementara pingat gangsa pula telah dimenangi dalam acara sepak takraw, badminton perempuan, bola tampar lelaki dan bola jaring. 
Acara Ilmiah pula, SMAPT telah berjaya memenangi 1 Johan, 3 Naib Johan dan 6 tempat Ketiga. Johan telah dimenangi bagi acara Tilawah Lelaki Menengah. Naib Johan pula bagi acara Tilawah Lelaki dan Perempuan Rendah , serta Syarahan Bahasa Melayu Lelaki Menengah. Tempat Ketiga pula pada acara Tilawah Perempuan Menengah ,Tahfiz Lelaki dan Perempuan Rendah, Syarahan Bahasa Melayu Lelaki & Perempuan Rendah dan Syarahan Bahasa Melayu Perempuan Menengah.


Tag: #karnival

0 komen

Sila berikan komen anda di sini