Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Kasih Bonda

8 Februari 2023 | Jerantut

Program Kasih Bonda telah dijalankan di surau SM Agama Pulau Tawar. Para peserta program terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.  Program telah diadakan pada jam 3.30 hingga 4.30 petang. Puan Pengetua telah menyampaikan ceramah Kasih Bonda. Antara objektif program adalah untuk menyuburkan semangat prihatin dan kasih sayang kepada pelajar-pelajar agar dengan itu dapat membangkitkan semangat juang untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah SWT. Doakanlah kepada pelajar-pelajar SMAPT , agar terus bersemangat untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT.

Tag: #program akhir tahun 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini