Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PROGRAM MOTIVASI - MUHASABAH DIRI

7 FEBRUARI 2023 | 16 REJAB 1444 HIJRAH | JERANTUT

Program Akhir Tahun 2022/23 masih diteruskan di SM Agama Pulau Tawar. Pagi ini satu program motivasi telah diadakan di surau SMAPT. Program bertajuk “ Muhasabah Diri “. Telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shah Bin Jamlus dari Kg. Ulu Cheka, Jerantut. Makluman terkini, Us. Ahmad Shah bin Jamlus , adalah Imam dan Ketua Kampung Ulu Cheka. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah Unitech, Timbalan Pengarah PLKN Pahang, Penolong Pengarah di Putra Jaya, dan aktif di Radio Pahang FM. Beliau melepaskan semua jawatannya kerana hendak menjaga ibu bapa di kampung. Buat masa sekarang sedang menyiapkan tesis Phd dalam bidang Pengajian Islam. Beliau juga adalah bekas pelajar di SMAPT . Didoakan semoga Us. Ahmad Shah bin Jamlus berjaya mendapat Phd yang sedang diusahakan.

Tag: #program akhir tahun 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini