Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PROGRAM SOLAT SUNAT TASBIH

16 Februari 2023 | Jerantut

Pada setiap pagi, pelajar-pelajar telah mengamalkan solat sunat dhuha dan hajat. Untuk hari ini bersamaan hari Khamis, telah diadakan tambahan amalan solat sunat , iaitu solat sunat Tasbih. Semua pelajar menghadiri program ini kecuali pelajar tingkatan 5 kerana mereka sedang menghadapi Ujian Mendengar BM & BI peringkat SPM. Imam yang mengetuai solat sunat ialah Us Fakhrurazi bin Hanafi. Turut hadir menyertai ialah guru-guru dan Pengetua SMA Pulau Tawar , Pn Saniah binti Mohamad. Selepas itu di Dewan Al-Biruni telah diadakan pameran kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Jerantut. 

Tag: #program akhir tahun 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini