Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Program Pengukuhan Hafazan Al-Quran

3 Februari 2023 | 12 Rejab 1444 H | Jerantut

Program pemantapan hafazan Al-Quran telah diadakan di surau SM Agama Pulau Tawar. Ini adalah salah satu siri Program Akhir Tahun Pelajar Menengah Rendah SMAPT. Semua pelajar yang menyertai adalah dari Tingkatan 1, 2 & 3. Objektif program adalah pelajar-pelajar dapat menghafaz surah-surah dalam Juz yang ke-30. Semua pelajar kelihatan bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran. Didoakan semoga anak-anak pelajar ini berjaya menghafaz Al-Quran.

Tag: #program akhir tahun 2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini