Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1, SMA PULAU TAWAR, MERIAH

13 Disember 2019 | Khamis

JERANTUT: Hari pendaftaran murid tingkatan 1 di SMA Pulau Tawar, disambut meriah. Ramai ibu bapa dan penjaga murid telah hadir ke sekolah seawal jam 8 pagi. Proses pendaftaran murid tingkatan 1 telah dilaksanakan secara atas talian dalam sistem SPSMA. Kelihatan murid-murid yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga mereka , berasa teruja untuk memulakan persekolahan sesi 2019.

Pengetua sekolah, Pn Saniah binti Muhammad, berpuashati akan perjalanan proses pendaftaran yang berjalan lancar. Tambahan lagi Bahagian Teknologi Maklumat Pahang telah menghantar juruteknik mereka untuk meninjau kelancaran proses pendaftaran. Proses pendaftaran murid tingkatan 1 telah berjaya diselesaikan dan ditamatkan pada jam 12 tengah hari. 

Tag: #hari Pendaftaran Tingkatan1 smapt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini