KURSUS HAJI & UMRAH

13 FEBRUARI 2023 | JERANTUT

Kursus Haji & Umrah telah berjaya dilaksanakan pada hari Isnin, 13 Februari 2023 di SMA Pulau Tawar. Program tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hashim bin Shahidan . Beliau berpengalaman mengendalikan Jamaah Malaysia yang pergi mengerjakan Haji / Umrah di Tanah Suci Mekah. Kursus ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1, 2 & 3. Kursus bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi untuk penerangan secara teori di surau sekolah. Pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari pula adalah perlaksanaan amali mengerjakan tawaf , sa'ie dan melontar jamrah. Rata-rata pelajar berasa teruja dan seronok dapat menjalankan latihan amali Haji & Umrah. Didoakan semoga satu hari nanati semua pelajar dapat pergi ke tanah suci mengerjakan ibadah Haji & Umrah.

Tag: #program akhir tahun 2022