Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Pengagihan wang bantuan persekolahan MUIP

15 Mac 2017. Pegawai Majlis ugama Islam (MUIP) Jerantut, Encik Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam mengagihkan wang bantuan persekolahan kepada semua pelajar SMA Pulau Tawar. Setiap pelajar menerima seratus ringgit tanpa mengira latar belakang keluarga. Majlis diadakan di Dewan al-Biruni bermula jam 9.30 pagi. Majlis turut dihadiri oleh guru-guru dan beberapa kakitangan MUIP daerah Jerantut.

(Gambar-gambar majlis pengagihan wang bantuan persekolahan MUIP)

Tag: muip

0 komen

Sila berikan komen anda di sini