Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

MUET 2016 : MUHAMMAD NAJMI ZAKI BIN AMER SUHAIMI BERJAYA MENDAPAT BAND 5


Pekan ... 6 Januari 2017 ...  Muhammad Najmi Zaki bin Amer Suhaimi telah berjaya mendapat band 5 di dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang telah diumumkan semalam. Pencapaian ini sekaligus menjadikan adik Muhammad Najmi calon tunggal yang telah memperolehi band 5 daripada 628 calon yang telah mengambil peperiksaan tersebut di Kulliah Al-Lughah Waddin As-sultan Abu Bakar 

Manakala 34 orang calon berjaya mendapat band 4, 193 calon mendapat band 3, 332 calon...

Tag: MUET Band 5

Papar Artikel

TEMUDUGA TINGKATAN 4 KELAS TAHFIZ BESTARI 2017

Pekan ... 5 Januari 2017 .. Seramai 40 orang pelajar telah menghadiri sesi temuduga bagi pemilihan pelajar tingkatan 4 Kelas Tahfiz Bestari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan pada pagi ini. Ini adalah merupakan pengambilan pelajar tahun ke 3 sejak ditubuhkan pada tahun 2015 yang lalu. Seramai 35 orang pelajar yang berjaya akan ditawarkan ke kelas tahfiz ini dengan fokus utama kepada penghafalan al-Quran serta Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tag: kelas tahfiz bestari

Papar Artikel

KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2016 ... KULLIAH KEKAL TERBAIK SMAN

Pekan ... 30 Disember 2016 .. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan telah  berjaya mengekalkan keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016 sebagai Sekolah tertinggi pencapaian Gred Purata Sekolah di kalangan semua SMAN yang lain. Kulliah telah mencatatkan 1.37 Gred Purata Sekolah (GPS) diikuti oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) 1.55. 

Keputusan Peperiksaan SMA peringkat sekolah telah diumumkan oleh Pengetua Kulliah, Ustaz Mohammad bin Ab...

Tag: Peperiksaan Sijil Menengah Agama

Papar Artikel

BENGKEL PENILAIAN PENAMBAHBAIKAN MODUL JUJ SMA

Kuantan ...14 Disember 2016... Seramai 50 orang guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang telah hadir ke Bengkel Penambahbaikan Modul Jawab Untuk Jaya (JUJ) Sijil Menengah Agama (SMA) yang diadakan pada 13 - 15 Disember 2016 di Hotel Mega View Kuantan. Modul JUJ ini merupakan bahan yang akan digunakan oleh pelajar tingkatan 4 di semua SMAN yang akan mengambil Peperiksaan SMA tahun 2017.
Seramai 3 Orang guru Kulliah telah menyertai bengkel ini bagi bagi mata pelajaran Tafsir dan...

Tag: Bengkel JUJ