LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI GURU KULLIAH
25 Ogos 2017 ... Pekan ... Pihak Kurikulum Kulliah telah menganjurkan Kursus dan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi memberi nilai tambah kepada semua guru dan kakitangan. Kursus telah disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkaitan dengan Integriti dalam Perkhidmatan Awam. Objektif kursus ini adalah bagi pendedahan kepada guru dan kakitangan berkaitan dengan masalah integriti penjawat awam di Malaysia.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMAN PAHANG TAHUN 2016/2017
17 Ogos 2017 .... Kuantan ... Kulliah dinobat sebagai Sekolah Terbaik STAM, Sekolah Khas Tahfiz dan Anugerah 4 K (Kerohanian) bagi tahun 2016. Majlis tersebut diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dan dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad selaku wakil rasmi Kepada YAB Menteri Besar Pahang.
Pelajar-pelajar cemerlang SMA, SPM, STAM dan MUET juga telah menerima anugerah dan pengiktirafan pada...
Pelajar-pelajar cemerlang SMA, SPM, STAM dan MUET juga telah menerima anugerah dan pengiktirafan pada...
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN YM TENGKU DATO' INDERA MADINA KAMILIA BINTI TENGKU BESAR PAHANG TENGKU KAMIL ISMAIL
17 Ogos 2017 ... Pekan ... Seramai 30 Orang Pelajar dan guru Kulliah telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Majlis Perkahwinan cucunda KDYMM Sultan Pahang, YM. Tengku Dato' Indera Madina Kamilia yang telah diadakan di Istana Abu Bakar Pekan. Semoga dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat ini akan melancarkan majlis perkahwinan yang akan diadakan pada 19 Ogos 2017 nanti.
PROGRAM KHAS BERSAMA PENULIS "TARBIAH SENTAP"
16 Ogos 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah telah menjemput penulis "Tarbiah Sentap" Ustaz Adnin Roslan bagi bersama-sama berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada warga Kulliah. Pengalaman penulis sentiasa memberi kekuatan bagi beliau untuk berkongsi pengalaman kehidupan beliau dan bercerita cerita-cerita motivasi kepada hadirin.