KERTAS TERAKHIR PEPERIKSAAN SPM PELAJAR KULLIAH
28 November 2017 .... Pekan ... seramai 35 orang pelajar tingkatan 5 kelas Tahfiz Bestari Kulliah mengambil kertas terakhir bagi Peperiksaan SPM tahun 2017 pada hari ini. Kertas tersebut ialah Ekonomi 1 dan 2. Semoga semua pelajar mendapat kecemerlangan dalam SPM kali ini. InsyaAllah.
CERAMAH & TAYANGAN KHAS ROHINYA
22 November 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah telah menganjurkan program khas bagi mengingati penderitaan Etnik Rohinya. Program dikendalikan oleh Haji Abd Bashir Abd Ghani, selaku Aktivis Rohinya HALUAN Malaysia. Pelajar-pelajar Kulliah di dedahkan tentang penderitaan umat Islam Rohinya melalui ceramah dan tayangan video. Kutipan derma juga dilancarkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh entik Rohinya. Moga Allah melepaskan kesusahan Ummat Islam di seluruh Dunia,...
HAFLATUL WADA'
22 November 2017 ... Pekan ... Sebagai penutup tirai persekolahan sesi 2017, pihak sekolah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Majlis Haflatul Wida' sebagai mengenang jasa para guru serta meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang bagi tahun ini. Pelbagai karenah dan suka duka dilalui oleh pihak sekolah serta para pelajar bagi menamatkan pengajian mereka di sini.
Majlis...
Majlis...
PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA PU AZMAN
20 November 2017 .. Pekan ... Unit Kerohanian Kulliah telah mengadakan program "Sembang Santai Bersama PU Azman" bagi memberikan motivasi kepada para pelajar. Program tersebut berlangsung hampir 4 jam dan memberi fokus kepada pembinaan sahsiah muslim di kalangan pelajar-pelajar. Program ini berjaya menarik minat para pelajar kerana dikendalikan oleh PU Azman dengan penuh bersahaja. Semoga pelajar Kulliah sentiasa membawa syiar Islam di Bumi Malaysia ini, InsyaAllah.