Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Tag: "2022"

Papar Artikel

PROGRAM IMAM MUDA

6 Februari | 15 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Program Kursus Imam Muda telah dilaksanakan di surau SM Agama Pulau Tawar pada jam 9.00 pagi. Program ini khas kepada semua pelajar lelaki dari Tingkatan 1, 2 dan 3. Kursus Imam Muda ini telah dikendali kan oleh Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus. Semua pelajar begitu teruja mengikuti kursus tersebut. Adalah diharapkan , ramai Imam Muda yang akan dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan masyarakat pada masa akan datang. 

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

PROGRAM PENGUKUHAN DAN KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS

4 Februari | 13 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Satu Program Pengukuhan dan Komunikasi Bahasa Inggeris telah berjaya dilaksanakan di surau SM Agama Pulau Tawar. Program telah disertai oleh semua pelajar asrama SMAPT. Program telah dikendalikan oleh Cikgu Noriati binti Aminuddin, ( Pesara Guru SMAPT) bermula pada jam 9.00 hingga 10.00 malam. Semua pelajar nampak ceria san bersemangat untuk belajar. Objektif program adalah memberi ruang pelajar mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam kehidupan...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

Program Pengukuhan Hafazan Al-Quran

3 Februari 2023 | 12 Rejab 1444 H | Jerantut

Program pemantapan hafazan Al-Quran telah diadakan di surau SM Agama Pulau Tawar. Ini adalah salah satu siri Program Akhir Tahun Pelajar Menengah Rendah SMAPT. Semua pelajar yang menyertai adalah dari Tingkatan 1, 2 & 3. Objektif program adalah pelajar-pelajar dapat menghafaz surah-surah dalam Juz yang ke-30. Semua pelajar kelihatan bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran. Didoakan semoga anak-anak pelajar ini berjaya menghafaz Al-Quran.

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

Ceramah Motivasi Alumni SM Agama Pulau Tawar

2 Februari 2023 | 11 Rejab 1444 H | Jerantut

Satu siri Program Akhir Tahun Pelajar Menengah Rendah telah bermula di SM Agama Pulau Tawar. Program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 3 yang telah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun sesi 2022/23. Pada hari ini , bersamaan 2 Februari 2023 ( Khamis ) telah diadakan Program Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh alumni pelajar sekolah ini. Beliau ialah Dr. Muhamad Amir Afiq bin Lokman. Sekarang beliau bertugas...

Tag: #program akhir tahun 2022