Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Tag: "2022"

Papar Artikel

KLINIK AL-QURAN DAN TAJWID

8 Februari | 17 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Klinik Al-Quran dan Tajwid telah berjaya dilaksanakan bermula pagi ini. Program dilaksanakan di surau SM Agama Pulau Tawar. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru AL-Quran SMAPT.  Kelihatannya pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2, bersungguh-sungguh belajar Al-Quran dan tajwid. Moga-moga akan lahir para qori dan qoriah di satu masa nanti.

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI - MUHASABAH DIRI

7 FEBRUARI 2023 | 16 REJAB 1444 HIJRAH | JERANTUT

Program Akhir Tahun 2022/23 masih diteruskan di SM Agama Pulau Tawar. Pagi ini satu program motivasi telah diadakan di surau SMAPT. Program bertajuk “ Muhasabah Diri “. Telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shah Bin Jamlus dari Kg. Ulu Cheka, Jerantut. Makluman terkini, Us. Ahmad Shah bin Jamlus , adalah Imam dan Ketua Kampung Ulu Cheka. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah Unitech, Timbalan Pengarah PLKN Pahang, Penolong...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

BENGKEL MENJAHIT BAJU KURUNG

6 Februari | 15 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Program Bengkel Menjahit Pakaian telah berjaya dilaksanakan di Kelas Tingkatan 1. Program khas kepada pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Cikgu Roslina binti Nawawi telah berjaya menunjukcara membuat baju kurung kepada semua pelajar. Turut serta guru-guru perempuan menghadiri bengkel tersebut. Semua pelajar berasa teruja untuk menghasilkan baju kurung .  

Tag: #program akhir tahun 2022