Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Tag: "MASISUPA"

Papar Artikel

LATIHAN BAGI MENGHADAPI MASISUPA PUSAT

9 Mac 2018, Pekan. kontinjen Kulliah ke MASISUPA sedang giat mengadakan latihan bagi menghadapi pertandingan MASISUPA Pusat yang akan bermula pada 17 - 20 Mac ini di SMA al-Maidah ad-Diniah Padang Tengku Kuala Lipis. Kulliah akan menghantar peserta bagi acara sukan dan ilmiah peringkat menengah dan tinggi. Kontinjen kali ini lebih bersedia dari segi latihan fizikal dan mental . Kulliah pasti akan menjadi pasukan yang ditakuti dan digeruni bagi acara sukan dan ilmiah.

Tag: MASISUPA

Papar Artikel

KULLIAH JOHAN BOLA TAMPAR MASISUPA ZON 1

27 Februari 2018, Pekan. Pasukan Bola tampar Kulliah berjaya merangkul pingat emas di dalam acara bola tampar lelaki pada kejohanana MASISUPA Zon 1 tahun 2018 yang telah diadakan di SMA Rompin. Inilah satu-satunya acara sukan yang telah dimenangi oleh pasukan Kulliah dalam acara sukan. Manakala Kulliah telah berjaya menjadi johan 7 acara Ilmiah. 

Semua peserta yang menjadi johan di peringkat zon ini akan dipilih ke Kejohanan MASISUPA Pusat yang akan di adakan bermula 17 Mac yang akan...

Tag: MASISUPA

Papar Artikel

KULLIAH NAIB JOHAN FUTSAL MASISUPA ZON 1

21 Februari 2018, Pekan. Pasukan Futsal Kulliah berjaya mendapat tempat ke dua Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) Zon 1. apabila tewas kepada SMA Bukit Ibam di perlawanan akhir. Pertandingan tersebut di adakan di padang Kulliah semalam. Baki pertandingan sukan dan ilmiah Kejohanan MASISUPA akan diadakan di SMA Rompin bermula 22 Februari. Semoga Kulliah dapat meraih dalam kejohanan kali ini insyaAllah.

Tag: MASISUPA

Papar Artikel

MESYUARAT MASISUPA ZON 1

24 Januari 2018 .... Rompin ... Bahang Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama (MASISUPA) telah bermula di seluruh sekolah agama. Mesyuarat perancangan pelaksanaan MASISUPA bagi Zon 1 telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rompin. Sek Men Agama Rompin akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Zon 1 terdiri daripada SMA Rompin, SMA Bukit Ibam, SMA al-Attas, Kulliah Sultan Abu Bakar, SMATAF dan SMA Ganchong. Semua peserta akan bertanding di dalam pertandingan sukan dan ilmiah. Pemenang...

Tag: MASISUPA