Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

ADIK MUHAMMAD FAIZ NAIB JOHAN SYARAHAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT KEBANGSAAN MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM)

5 Ogos 2017 ... Pulau Pinang ... Pelajar Kulliah, Adik Muhammad Faiz Nizam yang mewakili Negeri Pahang telah berjaya menjadi Naib Johan acara Syarahan Bahasa Inggeris Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Agama Malaysia (MIISMAM) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah di adakan di Sekolah Menengah Agama Al-Mashor, Pulau Pinang. Adik Muhammad Faiz merupakan pelajar tingkatan 5 Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang. Negeri Pahang telah berjaya merangkul 3 emas melalui acara Nasyid Perempuan, Kuiz Bahasa Arab dan Hafazan Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Tag: Syarahan Bahasa Inggeris MIISMAM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini