Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PENYERAHAN SUMBANGAN DARI ALUMNI KULLIAH BAGI AKTIVITI PELAJAR

27 Oktober 2017 ... Pekan .. Pihak Alumni Kulliah telah menyampaikan sumbangan kepada Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang sebanyak RM 2000 bagi tujuan aktiviti pelajar Kulliah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Alumni Kulliah, Dr Mohamad Helmi Said Kepada Tuan Pengetua Kulliah Encik Mohamad bin Ab Rahman. Turut hadir ialah Ustaz Abu Bakar Mat Saat, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Tuan Haji Ishak Osman, KPP Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang selaku AJK Persatuan Alumni Kulliah.

Sumbangan tersebut bagi membiayai aktiviti pelajar yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Tag: Sumbangan Alumni Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini