Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2017 BERJALAN LANCAR

7 Februari 2017 ... Pekan ... Pilihan raya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar berjalan lancar. Seramai 70 orang calon telah bertanding bagi pemilihan wakil MPP tahun ini. Seramai 600 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada 2 Februari 2017 yang lepas. Sebelum itu, tempoh berkempen telah berjalan selama 1 minggu dengan menggunakan kaedah poster dan kempen kelas ke kelas. Kempen tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang dihadapi oleh para calon.

Seramai 56 orang pelajar telah terpilih bagi mengisi kekosongan Anggota Majlis Perwakilan yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR Kulliah, Ustazah Muna binti Ismail, juga merangkap GPK HEP Kulliah pada pagi ini. Mereka terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 32 orang pelajar perempuan. Di dalam ucapan pengumuman tersebut, beliau meminta kepada semua calon yang terpilih supaya menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi bagi membantu pihak kulliah di dalam memacu kecemerlangan pendidikan bagi tahun ini.




Tag: pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini