Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Pendaftaran Pelajar Baharu Kulliah Sultan Abu Bakar sesi 2020

Pada tanggal 6 Januari 2020, Kulliah Sultan Abu Bakar telah menerima seramai 402 orang pelajar baharu yang bakal menyambung pengajian peringkat pra Ijazah iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dari jumlah ini, 129 orang daripadanya merupakan pelajar lelaki dan 273 orang pelajar perempuan. Pelajar- pelajar baharu dari seluruh Pahang ini merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri di Negeri Pahang. 

Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang berjalan dengan lancar. Diharap pelajar baharu ini bersungguh-sungguh dalam meniti kehidupan sebagai pelajar di bumi Kulliah Sultan Abu Bakar.

Tag: Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini