Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 6 ALIRAN STAM TAHUN 2017

9 Januari 2017 ... Pekan ... Seramai 531 orang pelajar telah hadir pada hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 6 aliran STAM di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menawarkan penempatan pelajar STAM di Kulliah kepada 657 orang. Seramai 126 orang pelajar yang ditawarkan tidak hadir pada hari pendaftaran ini. 

JAIP telah menawarkan pelajar yang menyambung pengajian STAM di 4 buah agama di seluruh Pahang iaitu Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Ma'ahad Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Mennegah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku dan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh.

Ketua Penolong Pengaarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mad Saad juga turut hadir di dalam majlis taklimat kepada pelajar baru. Menurut beliau, STAM adalah merupakan flatform utama yang menjadi jambatan kepada semua pelajar untuk menyambung pelajaran mereka di universiti tempatan dan luar negara. Pelajar juga perlu menunjukkan kesungguhan dan minat untuk mencapai kejayaan di dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sebelum itu, Tuan Pengetua Kulliah, Ustaz Mohammad bin Ab Rahman mengalukan kedatangan dan kehadiran semua pelajar dan ibu bapa ke Kulliah serta mengharapkan supaya semua pelajar dan ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi mencapai kejayaan di dalam STAM dan MUET pada tahun 2017.

Tag: pendaftaran pelajar baru

1 komen

MUHAMMAD HAMIZAN HANIF BIN SABARUDIN

2018-10-06 05:52:14 UTC

Bagaimanakah mahu mengambil borang untuk kemasukan ke kuliah sultan abu bakar bagi mengambil STAM 2019

Sila berikan komen anda di sini