Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

KOLOKIUM BRITISH MALAYA 1874

27 April 2017 .... Pekan ... Pihak Muzium Negeri Pahang dengan kerjasama Alumni Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan telah menganjurkan Kolokium british Malaya 1874 di Dewan Kulliah. Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Muzium Negeri Pahang. Di dalam ucapan perasmian, beliau menceritakan sejarah perjalanan Islam di Negeri Pahang dan menegaskan tentang Negeri Pahang telah melalui sejarah yang panjang sebelum kemerdekaan Malaysia daripada British.

Sebayak 6 kertas kerja telah dibentangkan di dalam Kolokium tersebut. Di antara pembentang kertas kertas kerja ialah Ybhg. Prof Dato Dr Mokhtar Saidin dari USM, Ybhg. Prof Dato Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz (UUM), Yh. Dato Ahmad Farid bin Abd Jalal, Pengarah Muzium Negeri Pahang dan Prof Madya Dr. Rahimin Abd Rahim. Seramai lebih 700 orang peserta telah menghadiri kolokium tersebut.

Tag: Alumni Kulliah Kolokium British Malaya 1874

0 komen

Sila berikan komen anda di sini