Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PELAJAR CEMERLANG DARI 4 BUAH SEKOLAH AGAMA DIRAIKAN OLEH YH DATO MOHD NIZAR BIN DATO' SRI MOHD NAJIB

29 April 2017 ... Pekan ... YH. Dato' Mohd Nizar bin Dato' Sri Mohd Najib , Penasihat Kelab PERAMAH Parlimen Pekan, anak kepada YAB Perdana Menteri Malaysia serta isteri telah sudi meluangkan masa melawat Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang dan menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan STAM, SPM dan SMA dari Kulliah, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al-Attas dan Sekolah Agama Majlis Ganchong. Turut hadir ke majlis tersebut ialah YH. Dato' Muhammad Noor bin Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Pengerusi Kelab Peramah Pekan dan KPP Bahagian Pendidikan JAIP Ustaz Abu Bakar bin Mad Saad.

Beliau dan isteri juga  telah menyampaikan sumbangan kepada pekerja cemerlang Jabatan Agama Islam Pahang dan sumbangan kepada keluarga kakitangan JAIP yang telah kembali ke rahmatullah iaitu Allahyarham Nor Zailani Nawi dan Allayarham Nazaruddin. Beliau dan isteri sempat melawat kawasan kulliah dan beramah mesra dengan para pelajar.

Tag: Kulliah stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini