Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2016 ... KULLIAH KEKAL TERBAIK SMAN

Pekan ... 30 Disember 2016 .. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan telah  berjaya mengekalkan keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016 sebagai Sekolah tertinggi pencapaian Gred Purata Sekolah di kalangan semua SMAN yang lain. Kulliah telah mencatatkan 1.37 Gred Purata Sekolah (GPS) diikuti oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) 1.55. 

Keputusan Peperiksaan SMA peringkat sekolah telah diumumkan oleh Pengetua Kulliah, Ustaz Mohammad bin Ab Rahman pada 29 Disember lalu di dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan sultan Haji Ahmad Shah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh guru-guru, Ibu Bapa dan pelajar.

Menurut beliau lagi, seramai 26 Orang pelajar telah mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) dan 11 Orang pelajar mendapat pangkat Jayyid Jiddan.Kejayaan ini juga adalah hasil usaha dan kerjasama yang erat para pendidik, kakitangan, ibu bapa dan para pelajar. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar. Komitmen dan usaha yang berterusan perlu digandakan bagi peningkatan yang lebih baik pada tahun yang akan datang.

Tag: Peperiksaan Sijil Menengah Agama

1 komen

pemerhati setia

2016-12-30 15:08:17 UTC

tahniah. moga terus cemerlang. lepas ni result STAM pulak

Sila berikan komen anda di sini