Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

BENGKEL BAHASA ARAB SPM DAERAH PEKAN

7 September 2017 ... Pekan ... Seramai 119 orang pelajar daripada 6 buah sekolah Daerah Pekan telah menyertai bengkel Bahasa Arab SPM anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pekan dengan kerjasama Kulliah. Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Guru Pakar Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), Ustazah Rajihan Binti Mohammed. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah pemarkahan dan bentuk-bentuk soalan SPM. Semoga Bengkel ini dapat meningkatkan pencapaian Bahasa Arab SPM Daerah Pekan bagi peperiksaan tahun 2017.

Tag: Bengkel Bahasa Arab Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini