Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

LAWATAN TYT DUTA BESAR UAE KE KULLIAH

1 Januari 2018 ... Pekan ... TYT Duta Besar UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim al-Ghaith sudi meluangkan masa hampir 3 jam bersama warga Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang, Guru-guru Arab tajaan Kerajaan UAE dan pengetua-pengetua sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Beliau melawat persekiran Kulliah dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi pelajar tingkatan 5, 6 dan pelajar-pelajar Kursus Bahasa Arab (KIBA).

Selepas itu diadakan majlis taklimat berkaitan Kulliah yang di sampaikan oleh Pengetua dan GPK Kulliah. Kemudian, TYT Duta mengadakan perbincangan dengan guru-guru tajaan UAE yang mengajar di SMAN seramai 13 orang bersama pengetua sekolah berkenaan. TYT Duta melahirkan rasa kegembiraan yang sangat tinggi kerana dapat bersama-sama para dan guru-guru Kulliah. Beliau juga berjanji akan membantu sekolah-sekolah Agama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Arab di kalangan Pelajar.

Tag: Lawatan Duta UAE

0 komen

Sila berikan komen anda di sini