Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

SERAMAI 13 ORANG PELAJAR KULLIAH BERJAYA MEMPEROLEHI MUTAZ 10 MATA PELAJARAN DI DALAM PEPERIKSAAN STAM 2016

24 Januari 2017 .. Pekan ... Seramai 68 calon peperiksaan STAM Kulliah 2016 telah berjaya memperolehi Pangkat Mumtaz (Cemerlang) di dalam peperiksaan tersebut yang telah diumumkan pada 19 Januari 2017 yang lalu. Apa yang membanggakan ialah, seramai 13 orang daripada jumlah tersebut memperolehi pangkat Mumtaz dalam semua mata pelajaran dan salah seorang daripada mereka ialah calon OKU.

Dato Mohd Ghazali bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang telah mengumumkan keputusan peringkat Negeri Pahang di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar pada majlis tersebut. Seramai 80 Orang pelajar di seluruh Pahang yang telah memperolehi pangkat Mumtaz termasuklah 9 orang calon dari Ma'had as-Sultan Ahmad Shah Dini Jengka, 2 Orang calon SMA Al-Khairiah dan seorang dari SMA Al- Maidah Ad-Diniah Padang Tengku.

Gred Purata Kulliah ialah 2.69, meningkat berbanding tahun 2015, 2.71. Bilangan pelajar Kulliah yang mendapat Jayyid Jiddan seramai 161, Jayiid 247, Maqbul 41 dan rasib 97 orang. Peningkatan pelajar yang mendapat pangkat mumtaz dan peratus lulus meningkat.

Tag: Keputusan STAM Mumtaz Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini