Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

SEMINAR BAHASA ARAB SPM DAERAH PEKAN

2 Mei 2017 ... Pekan ... Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pekan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan JAIP, telah menganjurkan Seminar Bahasa Arab SPM bagi pelajar tingkatan 5 dari 6 buah sekolah Daerah Pekan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Kulliah. Seramai 140 pelajar telah mengikuti seminar satu hari tersebut. Seminar tersebut dirasmikan oleh KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Ust Abu Bakar bin Mad Saad. Beliau menegaskan kepentingan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Arab kerana ianya adalah merupakan alat bagi pelajar menguasai ilmu agama.

Tag: Bahasa Arab Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini