Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2017

18 Januari 2018 .. Pekan .. YH Dato Mohd Ghazali bin Abd Aziz, Timbalan Pengerah JAIP  telah mengumumkan keputusan STAM bagi tahun 2017 peringkat Negeri Pahang di Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Azmy Murad, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, calon-calon serta ibu bapa. Jumlah calon yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pahang bagi tahun 2017 ialah seramai 841 calon. Terdapat empat sekolah agama negeri Pahang yang menjadi pusat peperiksaan STAM iaitu Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang, SMA al-Khairiah Temerloh, Ma'ahad Sultan Haji Ahmad Shah Jengka dan SMA al-Maidah ad-Diniah Padang Tengku.

Beliau mengumumkan Gred Purta Negeri pada tahun 2017 ialah 2.73 meningkat berbanding tahun 2016 iaitu 2.85. Manakala peratus lulus juga meningkat sebanyak 6.96% pada tahun 2017 berbanding tahun 2016 hanya 77.46%. Bilangan calon yang mendapat pangkat Mumtaz di seluruh negeri Pahang ialah 79 Orang. 51 calon yang mendapat pangkat mumtaz dari Kulliah. Manakala 22 calon dari Maahad SAS Jengka, 5 orang dari SMA al-Khairiah dan seorang calon dari SMA Padang Tengku.

Manakala seramai 236 pelajar seluruh Pahang telah mendapat pangkat Jayyid Jiddan. Iaitu 166 dari Kulliah, 10 dari SMA al-Khairiah, 50 dari Ma'ahad SAS Jengka dan 10 orang dari SMA Padang Tengku.

Tag: Keputusan STAM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini