Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

BERSAMA ENCIK MOHD SUKUR BIN IBRAHIM

1 Ogos 2017 ... Pekan ... Unit Kerohanian Kulliah telah mengadakan program khas bersama Encik Mohd Sukur Bin Ibrahim, merupakan salah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah menempa nama di persada tanah air dalam bidang motivasi. Program selama 2 jam tersebut telah memberi banyak keinsafan dan kesedaran kepada semua pelajar dan guru-guru, seperti peribahasa melayu, "Di mana ada kemahuan di situ ada Jalan". Beliau telah membuktikan peribahasa tersebut sehingga menjadi tokoh yang disegani di dalam masyarakat.

Tag: Mohd Sukur Ibrahim motivasi Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini