Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MAJLIS PERPISAHAN GURU

5 Mei 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan telah mengadakan Majlis Perpisahan guru yang akan bertukar dan telah menamatkan perkhidmatan. Ustaz Mohd Zain bin Mat Saman telah bertukar Ke SMA Al-Attas dan Puan Saidatul Zariah binti Hamdan telah bertukar ke SMA Al-Wosto Temerloh. manakala Encik Zairi Azri Mohd Tarmizi telah menamatkan perkhidmatan guru ganti selama 3 bulan.

Pihak Kulliah sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru tersebut. semoga dapat menyesuaikan diri di tempat baru.

PUISI KHAS

Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tidak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau semua kan kami rindui
Selagi nafas masih ada

GURU KULLIAH

Tag: Kulliah Majlis Perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini