Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

GURU PELATIH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) DI KULLIAH

9 Januari 2018 ... Pekan ... Seramai 4 orang guru pelatih yang sedang melanjutkan pengajian mereka di UPSI menjalankan program praktikal selama 2 minggu di Kulliah. Praktikal tersebut bermula dari 29 Januari sehingga 9 Februari 2018. Mereka menjalankan kajian berkaitan pengurusan sekolah, aktiviti Kurikulum, Hal Ehwal Pelajar dan Ko-Kurikulum di Kulliah. Ini merupakan salah satu syarat wajib bagi pelajar yang mengambil jurusan pendidikan di Universiti. Semoga mereka dapat memanfaatkan pengalaman mereka selama di Kulliah untuk menjadi guru yang cemerlang pada masa akan datang.

Tag: Guru praktikal

0 komen

Sila berikan komen anda di sini