Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

TAKLIMAT MENYAMBUNG PELAJARAN DI MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

27 Februari 2017 .... Pekan ... Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah mengadakan taklimat khas kepada pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar berkaitan peluang menyambung pelajaran ke Diploma Tahfiz bagi lepasan SPM 2016. Taklimat di sampaikan oleh Encik Mohd Zuhaidi, wakil dari MTNP.

Program Diploma Tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz Pahang (MTNP) merupakan peluang pengajian bagi pelajar-pelajar lepasan SPM. Ianya merupakan program tradisi MTNP yang telah  dijalankan sejak penubuhannya iaitu pada tahun 1996. Program ini dijalankan secara usaha sama dengan pihak Darul Quran, JAKIM dan para pelajar mengikuti pengajian di MTNP selama enam semester (3 tahun). 
  
Diploma dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar lepasan Diploma boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di UM, UIAM, UPSI, UKM, USIM dan Universiti al-Azhar, Mesir.

Tag: Tahfiz Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini