Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI SEMPENA DEEPAVALI

14 Oktober 2017 ... Pekan ... Pihak Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang terus mengadakan kelas tambahan dan kelas bimbingan bagi semua pelajar sebagai persiapan menghadapi peperiksaan STAM, SPM dan SMA kali ini. Kesemua pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung pada cuti sambutan Hari Deepavali kali ini kerana jadual peperiksaan yang sudah terlalu hampir. Bagi Peperiksaan SMA, telah bermula pada hari semalam 13 Oktober, 2017, Manakala bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan bermula pada 23 Oktober nanti. Pelajar-pelajar tingkatan 5 pula akan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 6 November akan datang.

Kelas tambahan kali ini dikendalikan oleh guru-guru Kulliah dan guru-guru luar yang berpengalaman. Semoga perancangan ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap silibus yang berkaitan.

Tag: Kelas Tambahan Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini