Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

LAWATAN BANCHMARK KE SMK DESA JAYA

30 Mac 2017 .. Bandar Pusat Jengka ... Seramai 12 orang guru Unit 4K Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan bersama 17 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke SMK Desa Jaya , Bandar Pusat Jengka. Lawatan tersebut diadakan oleh Unit 4K Kulliah bertujuan untuk mengenalpasti dan berkongsi  pengalaman dengan SMK Desa Jaya selaku Naib Johan Kebangsaan Pertandingan 3K tahun 2016. Lawatan ini diketuai oleh GPK Hal Ehwal Pelajar, Ustazah Muna Ismail.

Di antara aktiviti lawatan tersebut ialah:
1. Taklimat Pelaksanaan 3k.
2. Lawatan ke semua bilik dan kelas.
3. Bertukar-tukar pengalaman dengan pelajar dan guru.
4. Penyerahan cenderamata.

Secara umumnya, lawatan tersebut dapat memberi pengalaman baru kepada guru-guru Kulliah.

Tag: lawatan Kulliah 4 K

0 komen

Sila berikan komen anda di sini