Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

KURSUS PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 SMAN

28 Mac 2017 .... Temerloh ... Unit Naziran & Kurikulum Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 di Hotel Sri Malaysia Temerloh baru-baru ini. Kursus tersebut telah dihadiri oleh semua pengetua, GPK Kurikulum & Pentadbiran serta SU Kurikulum Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang.

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Dr Saifudin dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Turut hadir dalam kursus tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar Mat Saad. Di dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan kepada semua pentadbir sekolah agama dapat mengikuti semua perkembangan pendidikan di Malaysia supaya seiring dengan kehendak Negara.

Tag: Kursus Bahagian Pendidikan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini