Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

70 PELAJAR CEMERLAMG STAM DAN SPM KULLIAH MENERIMA ANUGERAH DARIPADA YAB PM

22 April 2017 ... Pekan ... Seramai 68 pelajar yang Berjaya mendapat Pangkat Mumtaz di dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 telah menerima anugerah kecemerlangan yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Pekan di dalam Majlis Seminar Ibu Bapa dan Komuniti serta Majlis Anugerah Kecerlangan SPM, STPM, & STAM yang telah diadakan di Dewan Jubli Pekan.

Di dalam Majlis yang sama, 2 orang pelajar dari Kulliah juga telah menerima Anugerah Kecemerlangan SPM tahun 2016. YAB Perdana Menteri juga menyerahkan sumbangan PIBG kepada semua sekolah di dalam Parlimen Pekan termasuklah Kulliah Sultan Abu Bakar sebanyak RM 3000.00. Beliau menegaskan di dalam ucapan perasmian betapa perlunya kerjasama dari semua pihak untuk menggembleng tenaga  bagi memastikan kejayaan pendidikan di Negara ini.

Di dalam majlis yang sama, 2 kertas kerja telah dibentangkan oleh pembentang jemputan iaitu Y. Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Azlan Shah dan Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Tag: stam Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini