Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MENAWAN BUKIT PANORAMA SG LEMBING

12 November 2015 ... Kuantan ... Seramai 100 pelajar termasuk guru pengiring telah berjaya mendaki Bukit Panorama, Sungai Lembing Kuantan pada subuh 12 November baru-baru ini. Ini merupakan aktiviti lasak yang dirancang oleh pihak sekolah bagi pelajar yang berminat kepada aktiviti-aktiviti lasak. Program ini bertujuan supaya para pelajar sentiasa menghayati keindahan ciptaan Allah swt dan menggalakkan pelajar sentiasa menyertai program-program yang boleh menyihatkan tubuh badan dan minda mereka.

Para pelajar berada selama lebih kurang 3 jam di atas puncak tersebut dan turun semula bagi aktiviti melawat kawasan-kawasan yang bersejarah di Sungai Lembing. Ini kerana Sungai Lembing terkenal dengan sejarah lombong bijih yang telah dibuka sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi.

Tag: Bukit Panorama Sungai Lembing

0 komen

Sila berikan komen anda di sini