Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

USTAZ NAZARI DALAM KENAGAN

19 Februari 2018 ... Pekan ... Pada tanggal 2 Jamadilakhir 1439 H, telah kembali ke rahmatullah seorang pendidik Kulliah al-Lughah waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang. Beliau ialah Ustaz Nazari bin Ahmad. Beliau mula berkhidmat di Kulliah bermula 1.5.2003. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di SMA al-Attas Pekan, SMA Chenor dan Ma'ahad as-Sultan Haji Ahmad Shah Jengka.

Hampir 15 tahun beliau berkhidmat di Kulliah, pelbagai cabaran dan rintangan yang ditempuhi beliau dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar Kulliah. Beliau merupakan guru pakar dalam subjek Hadis dan lepasan Universiti al-Azhar Mesir. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan memasukkan beliau ke Syurga Firdaus al-a'la. Amin Ya Rabbal amin

Tag: Ustaz Nazari

3 komen

Nurzihana abdul rahim

2018-02-20 03:42:08 UTC

إنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ... اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة...ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران

Sahabat JAIP

2018-02-20 03:03:24 UTC

Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan Hamba-Nya yang beriman. Salam takziah buat seisi keluarga. Al-Fatihah

X STASAB

2018-02-20 03:02:11 UTC

Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan Hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah

Sila berikan komen anda di sini