Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

ZIARAH NOSTALGIA BEKAS PELAJAR KULLIAH DARI SABAH

11.11.2017 ... Pekan ... seramai 4 orang bekas pelajar Kulliah dari Negeri Sabah kembali menjejak kaki ke Kulliah setalah lebih 30 tahun meninggalkan Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar. Rombongan tersebut diketuai oleh Datuk Jafri Haji Arifin, Pengerusi Felcra Bina Sabah. Beliau merupaka bekas pelajar Kulliah. Pada tahun 80-an, Yayasan Sabah telah menghantar pelajar-pelajar di bawah tajaannya belajar di sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang termasuk Sekolah Men Agama Ihsan, Sek Men Agama al-Attas, Sekolah Men Agama Tengku Ampuan Fatimah dan Kulliah sendiri. Datuk Jafri sendiri telah belajar di Kulliah dari tahun 1982-1983.

Rombongan tersebut disambut oleh guru-guru dan pelajar Kulliah serta beberapa wakil persatuan Alumni Kulliah. Dato' Jafri menyifatkan, ziarah ini merupakan satu sejarah bagi diri beliau dan rakan-rakan yang telah lama berhasrat kembali ke tanah tempat menuntut ilmu. Hasrat beliau dan rakan-rakan dimakbulkan oleh Allah swt.

Tag: Ziarah Nostalgia bekas pelajar kulliah dari Sabah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini