Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

TAKLIMAT KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)

13 April 2017 ... Temerloh .... Unit Naziran Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan taklimat Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kememnterian Pelajaran Malaysia kepada semua pengetua, PK Kurikulum, PK HEP dan SU Kurikulum di SMA Al-Khairiah pada 10 April 2017 yang lalu.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Afendi bin Sahi, Penolong Pengarah kanan Bahagian Kurikulum KPM Putrajaya. Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada SMAN Pahang tentang kurikulum baru yang telah dilaksanakan di SABK di seluruh Malaysia. Sementara itu, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang masih menggunakan Kurikulum Nizom Buuth Azhari sebagai kurikulum Agama di seluruh SMAN.

Turut hadir dalam taklimat dalam taklimat tersebut ialah KPP Bahagian Pendidikan JAIP Ustaz Abu Bakar Mad Saad.

Tag: KBD Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini