Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

SOLAT HAJAT PERDANA & PENYERAHAN KEPUTUSAN PERCUBAAN STAM, SMA & SPM

7 Oktober 2017 ... Pekan ... Lebih 400 Orang ibu bapa penjaga telah hadir ke Majlis Solat Hajat Perdana dan Penyerahan Keputusan Percubaan STAM, SPM dan SMA yang diadakan di dewan SHAS. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Felzazul Hibri bin Abdul Hamid, diikuti dengan bacaan Yasin serta ucapan wakil penjaga. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua Kulliah, Ustaz Mohamad bin Ab Rahman. Beliau mengharapkan supaya ibu bapa dan pelajar terus memberikan komitmen kepada pihak sekolah bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh semua pihak.

Majlis diteruskan dengan slot Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan Yusi, Al-Fadhil Pegawai Agama Islam Daerah Muadzam Shah yang menyentuh sanubari para ibu bapa dan pelajar. Seterusnya ibu bapa bertemu dengan guru kelas bagi mengambil keputusan percubaan anak masing-masing. 

Semoga Anak-anak Kulliah akan cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen.

Tag: Solat Hajat Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini