Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MUET 2016 : MUHAMMAD NAJMI ZAKI BIN AMER SUHAIMI BERJAYA MENDAPAT BAND 5


Pekan ... 6 Januari 2017 ...  Muhammad Najmi Zaki bin Amer Suhaimi telah berjaya mendapat band 5 di dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang telah diumumkan semalam. Pencapaian ini sekaligus menjadikan adik Muhammad Najmi calon tunggal yang telah memperolehi band 5 daripada 628 calon yang telah mengambil peperiksaan tersebut di Kulliah Al-Lughah Waddin As-sultan Abu Bakar 

Manakala 34 orang calon berjaya mendapat band 4, 193 calon mendapat band 3, 332 calon mendapat band 2 dan 68 orang calon mendapat band 1. Mencapai bilangan pelajar yang mendapat band 3 dan 4 menunjukkan peningkatan berbanding dengan keputusan tahun 2015 hanya 4 orang calon yang mendapat band 4 dan 120 calon yang mendapat band 3. Peningkatan ini didorong oleh kesungguhan pihak sekolah dan pelajar merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Inggeris di Kulliah sendiri.

Tag: MUET Band 5

1 komen

CIKGU

2017-01-10 05:03:39 UTC

TAHNIAH !! AMAT HEBAT

Sila berikan komen anda di sini