Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Tag: "#program"

Papar Artikel

Pertandingan Khutbah SMA Pulau Tawar

10 Februari 2023 | 19 Rejab 1444 Hijrah | Jerantut

Pertandingan Membaca Khutbah Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan di surau SMAPT petang tadi. Pertandingan dikendalikan oleh pelajar-pelajar SMAPT. Ramai pelajar yang telah hadir menyaksikan pembacaan khutbah. Turut serta para asatizah SMAPT. Didoakan semoga pelajar-pelajar SMAPT menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Tag: #program akhir tahun2022

Papar Artikel

Kasih Bonda

8 Februari 2023 | Jerantut

Program Kasih Bonda telah dijalankan di surau SM Agama Pulau Tawar. Para peserta program terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.  Program telah diadakan pada jam 3.30 hingga 4.30 petang. Puan Pengetua telah menyampaikan ceramah Kasih Bonda. Antara objektif program adalah untuk menyuburkan semangat prihatin dan kasih sayang kepada pelajar-pelajar agar dengan itu dapat membangkitkan semangat juang untuk belajar bersungguh-sungguh kerana Allah SWT. Doakanlah...

Tag: #program akhir tahun 2022

Papar Artikel

Program Lawatan Sambil Belajar

8 Februari 2023 | Jerantut
Satu program lawatan sambil belajar telah diadakan di Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 3, SMAPT. Lawatan diadakan pada jam 1.00 hingga 2.00 petang. Antara objektif lawatan adalah untuk mengingati Pahlawan yang telah berjuang menentang penjajahan Inggeris. Beliau adalah Mat Kilau. Inilah contoh yang boleh diambil di kalangan pelajar untuk terus berjuang mengisi kekosongan kemerdekaan tanah air.

Tag: #program akhir tahun 2022