Mobiliti Sukarelawan Anak Malaysia Satria Peringkat Daerah Pekan Siri 2 2026
Program Mobiliti Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Pekan Siri 2 Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan penglibatan aktif para pelajar bersama guru pengiring, Ustaz Mohammad Atif bin Abdul Rusuwan.
Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan kawasan perkuburan Kampung Serambi, Pekan, sebagai usaha menyemai semangat kesukarelawanan, keprihatinan sosial serta tanggungjawab terhadap kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada nilai kerjasama, kepimpinan dan khidmat masyarakat, malah turut dipupuk dengan rasa hormat terhadap institusi keagamaan serta warisan masyarakat. Inisiatif sebegini selari dengan aspirasi sekolah dalam melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan jati diri.

0 komen